Friday, July 21, 2017

Apple Cider Vinegar (ACV) : Minuman Kesihatan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Entry review kali ini, cx nak kongsikan berkaitan cuka epal plus madu by Surya Malaysia atau kita kenali sebagai Apple Cider Vinegar (ACV). Surya Malaysia mencipta produk hebat dan berkhasiat ini bertujuan agar dapat meningkatkan landskap penjagaan kesihatan di Malaysia sekaligus dapat memberikan kesihatan yang baik buat semua. InShaaAllah. Selaras dengan visi mereka iaitu "Kesihatan untuk semua" yang mendorong Surya Malaysia menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan selamat, murah serta berkesan buat semua.


Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubah perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.


Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi. Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. 


Bulan syawal ni pasti ada yang puasa sunat enam dan ganti puasa kan? Alarh, lepas-lepas ni pon uols mesti nak puasa juga. Yelah, kita ada hutang dengan Allah kan? Hehe. Molek sungguh tau semasa sahur atau berbuka disertakan dengan ACV ni sebab ianya mampu meningkatkan tenaga kita. Almaklum puasa kan kadang-kadang kita lemah je.


Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi. Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.


Banyak betul gambar ACV cx ambil dengan makanan kan? Hahah kalau korang nak tahu, Chef Wan, alahai chef masakan terkenal dunia tu, beliau pon recommend tau guna ACV ni sebab beliau menggunakan ACV sebagai pengganti asam jawa dan gula untuk masak ayam masak merah dan acar. Wow! Curlasss gittew kan. 


ACV ni korang boleh dapatkan di Watson atau farmasi terpilih . Harga pula berapa ya? Jika beli online di LAZADA, dalam RM34.90. Di SHOPEE pon ada jual. Search sahaja okay. Kalau nak merisik terus, boleh usha link yang cx sediakan ya sesaiyang.

Facebook: Surya.Malaysia 
Instagram: Surya Malaysia

Okay, korang cx galakkan untuk amalkan ACV ini sebab khasiat dia sangat banyak. Tak rugi pon tau. Jom sihat berjemaah dengan pemakanan berkhasiat :)

ACV produk hebat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, July 18, 2017

Part 1: Pengalaman Bersalin Anak Kedua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Cx masih dalam pantang dan tiba-tiba rasa nak kemaskini blog. Rindu rasa nak berceloteh. Permulaannya gara-gara tadi nak buat posting dekat facebook pasal bersalin ni lah, tetiba rasa macam panjang sangat pula membebel dekat situ. Jadinya cx decide untuk update new entry terus dekat blog. Yelah, dah membebel panjang, siapa nak baca dekat facebook tu? Lagipun posting fb sekarang pon dah ada limit tau. Panjang lebar nau pon nanti engagement kurang. Semua gara-gara abam Mark. Okay tutup cerita. Jom mulakan kisah cx. 

                   **********************

21/06/2017
08:00pagi (Rabu)

Hari ini cx ada temujanji dengan pihak O&G Hospital Besar Melaka. Asalnya kena pergi O&G ni sebab bleeding masa awal trimester. 22minggu kot rasanya. Selepas bleeding dah okay, macam biasa hospital akan pantau kita sampailah bersalin. Makanya cx bertapalah setiap dua minggu di sana. Panjang lagi perjalanan cerita ni tapi nantilah cx cerita di next entry. Bila next appointment di O&G, doktor  buat details scan sebab nak tengok keadaan baby. Almaklum pernah ada kes pp type 1-2. Bila dah scan, doktor kata semua okay. Tapi kena jumpa lagi lepas ni untuk tengok air ketuban pula sebab bacaan scan waktu tu 10.3 sahaja. Paras-paras je tau. Allah. Cx dah risau sebab anak pertama pon kes sama, air ketuban sikit. Allahuakhbar. 

10:30 pagi (Rabu)

Okay tibalah hari 21hb ni. Checkup sekejap je. Paling pantas. Almaklum hospital kerajaan kan ramai orang. Masa buat details scan, tetiba doktor yang scan tu panggil doktor lagi sorang untuk cinfirmkan. Cx tanyalah, kenapa doktor? Air ketuban sikit ke? Doktor pandang dan bagitahu cx apa yang naluri ni rasa, ternyata benar belaka. Air ketuban sikit. Lagi sikit daripada anak pertama dulu. Naluri dah agak awal. Confirm air ketuban sikit. Cx tak leaking tau tapi memang kes cx ni, doktor pon cakap tak tahu apa punca waima tak bocor. Kalau masa anak first bacaan 9 dah kena induce, inikan pula kali ni 5.6 sahaja. Korang rasa? Confirmlah induce dik non. Allah! Dahlah puasa dan telah dibatalkan oleh doktor sebab nak cek laluan gara-gara bagitahu semalamnya ada kontraksi. Rupa-rupanya jalan dah buka 1cm.

Tibalah prosedur kita didaftarkan untuk masuk proses induce. Macam biasa cek ibu mengandung, tekanan darah,  degupan jantung anak, ctg, cucuk jarum dekat tangan dan cek jalan. Lama tau. Baca memanglah sekejap. Haha. Lama sampai petang. Cx siap suruh suami balik sebab tau dah memang lama.

Sedang menanti nama dipanggil untuk sesi cucuk jarum muehehe.

09:00malam (Rabu)

Tunggu punya tunggu, around 9:00pm, doktor start masukkan ubat induce. Okay mari berhuhu selama enam jam untuk tengok progress. Cx boleh bantai tidur eh sebab tak bagi kesan sangat induce ubat pil ni. Kalau masa anak pertama, ubat pil pertama lagi dah sakit mengganas. Huhu.

Terjaga-jaga jugalah daripada tidur. Bilalah nak pukul 03:00 pagi kan? Haha.

22/06/2017
03:00 pagi (Khamis)

Okay dah tiba masa. Menanti doktor datang untuk cek jalan lagi. Tapi masa tu doktor pakar tiada, yang ada hanya doktor pelatih. Tak suka dia sebab jari dia besar. *Sorry doktor. Awak memang baik tapi sorry to say this ya. Sakit. Doktor tu cek mesti tak dapat result. Lepas tu sister tolong cekkan. Sister tu pon serupa gak, jari dia besar tapi better lah daripada doktor pelatih tu. Sister tu cakaplah baru buka 2cm macam tu. Then, doktor pelatih macam tak puas hati sebab dia tak dapat result tadi, pastu dia nak cek lagi. Nenek dia. Dia ingat tak sakit ke? Nangis tau sebab sakit. Bukan sakit apa, jari dia besar sangat. Lepas tu sister tu cakap, takpalah, kita bagi patient rehat sejam dulu kemudian cek semula. Sister tu cakap dengan nada backup cx tau sebab dia pon tau sakitnya macam mana cek jalan ni. Gila kau tak sakit? Fuh!

Uik. Macam dah panjang. Ke tak panjang lagi? Haha takpalah, nanti kita sambung next entry ya. Panjang-panjang kang orang bosan. Huhu

Pengalaman bersalin anak kedua:
Part 2 (to be continued)

Nikmat Allah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu