Hidup aku 2017

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Sangat lama aku tak update blog. Bukan sebab tak ada idea tapi MASA. Ya, masa yang tidak mengizinkan. Aku pon tak berapa nak suka kongsi masalah atau kehidupan peribadi sendiri dekat blog. Lebih senang cerita, susah nak jaja kisah peribadilah. 

Gara-gara dah lama tak update blog, aku pon dah lupa type apa blog aku selama ni. Hahaha. Okay sedang menaip ni, anak dalam kandungan aku sedang rancak aktif menendang. Amboi kemain pepagi dah bersenam ya anak.


Aku banyak sangat benda nak cerita tetapi kebanyakkannya aku write and cut sebab TAK SESUAI. Yelah, takkan private things pon aku nak jaja. Malu dapat, dosa pon melekat dik non. 

Sebelum ini aku menaip menggunakan kata ganti nama diri sebagai saya, aye, makjemah, cx dan sekarang is aku. Kan aku dah cakap yang aku dah tak ingat style dan type blog aku. Hahaha. Lupa teruk makcik ni nak. Kah3. Aku saja je membebel dekat sini sebab perasaan dalam hati ini tak keruan. Nak story dengan siapa pon aku tak tahu.

Makin lama aku tulis, makin menjadi pula rasa di hati ni. Okaylah. Aku stop. 

Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu
Hati menangis

Post a Comment

0 Comments