Pusat Bayi Basah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Di awal kelahiran anak cx, semuanya Alhamdulillah tetapi bermulanya episod setelah pusat anak tanggal pada hari ke-13. Anak tanggal pusatkan banyak ragam. Kesian sangat dekat anak sakit sampai demam. Dua hari anak demam. Tak sampai hati, sedih sangat tengok anak sakit. Masa tu kan belum sebulan, so memang tiada ubatlah. Dahlah baru lepas lepas kena jaundice. Allah luluh hati bila kenangkan balik.

Okaylah. Nak cerita pasal pusat anak sebenarnya. Selepas tanggal, makin hari cx tengok pusat masih basah dan macam ada lagi isi macam batang pusat tu tak tanggal. Anak merengeklahkan. Sakit agaknya sebab basah sahaja dan macam berair menyebabkan ada sedikit berbau. 


Sampaikan doktor Klinik kesihatan rujuk ke GH doktor pakar kanak-kanak. Allah. Namun dalam masa yang sama, kami rujuk ke doktor swasta.. masih sama, doktor Rahimah Klinik amal dan surgery Bukit Katil Melaka. Doktor cakap ramai sebenarnya pesakit beliau jadi macam anak cx, ada yang sampai ke usia emas pon masih tak kering sebab tak rawat. 

Alhamdulillah ubat yang dibekalkan dapat merawat masalah pusat basah anak cx dengan izin Allah. Syukur. Take time juga sebab cx kena letak selalu. Alhamdulillah kering akhirnya. Cantik dah pusat anak cx. Kalau korang ada masalah yang sama, tolong pergu jumpa doktor biar mereka yang rawat. Jangan memandai letak lada hitamlah, sapu minyak gamatlah. Allah! Kesian anak. Jangan aniaya anak kita. Memang ada orang buat letak lada hitam dan pusat kering tetapi kalau tak kering dan jadi makin teruk? Siapa yang hadap? Haish. Fikir-fikirkanlah ya. Ada benda boleh kita ikut adat dan cara orang lama, ada benda tolonglah fikir dahulu. Kesian dekat anak. Allahuakhbar.

Berfikir sebelum bertindak
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

3 Comments

maszull said…
assalamualaikum cx...cucu mama pun hari tu ada masalah mcm ni tapi bila bawa pi klinik doktor bagi ubat sapu...alhamdullilah lama-kelamaan dah okay juga...mula2 risau juga...
my little diary said…
Assalamualaikum cx.. nk tny, ubat yg cx guna utk rawat pusat anak tu yg gmbr kt atas ke?
CXopportunities said…
my litte diary : aah betul ubat tu cx guna. Doktor yang bagi untuk sapu. Alhamdulillah elok