Part 1: Pengalaman Bersalin Anak Pertama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Perhatian: 
Entry ini sangat panjang lebar dan telah mendapat izin en.suami. Sekian. 

Hi semua! Okay seperti yang dijanjikan, cx nak kongsikan pengalaman ketika cx melahirkan anak pertama cx. So, here we go ~ 

28/9/2015 
08:00 pagi (Isnin)
Tanda sudah mula ada. Ketika itu cx nak buang air dan tiba-tiba keluar lendir panjang beserta darah. Okay dalam hati dah mula suka. Yalahkan dah lebih dua hari lewat. Supposed to be due 26/09/2015. Paling suka sebab baby dah nak keluar. Yeah! Cakap dengan emak dan betullah tanda nak bersalin. Cx terus telefon en.suami yang baru sahaja pergi kerja jam 0700 pagi tadi. Sementara tunggu en.suami balik, cx kemas barang baby dan perkakas nak bersalin ketika dalam labor room nanti. Sebelum ke GH, kami bersarapan dahulu di kedai hehe.

10:00 pagi (Isnin)
Selepas sarapan terus menuju ke GH. Sampai sahaja di GH, cx terus menuju ke aras dua kamar bersalin sementara en.suami cari parking. Sampai sahaja, macam biasa, disebabkan cx dah masuk keluar GH banyak kali since preggy, makanya sudah tahu prosedur GH. Huhu *nanti cx cerita liku-liku sepanjang mengandung. InSyaaAllah. Okay, prosedur biasa, sampai sahaja terus salin baju mengandung warna pink, ambil urine test, cek degupan jantung baby, seluk tengok jalan, CTG dan scan. Tempoh sebenar sangat lama sampai ke waktu zohor menanti semua sekali. Bukan sebab ramai tetapi prosedur yang ambil masa. 

Sempat lagi ambil gambar, dah fikir nanti nak update dekat blog. Gagagaga. CTG session for 20 minutes.

13:34 petang (Isnin)
Selesai semua, cx menanti scan kali kedua untuk tentukan air ketuban. Doktor cakap air ketuban sedikit, makanya bahaya untuk baby, takut lemas . Time ni jalan dah buka 2.4cm . Sukanya dengar jalan dah buka. Huhu Tetapi masih belum rasa sakit. Sepanjang masa di GH, cx banyak jalan nak bagi jalan buka. Setelah doktor Yip (MO) pakar sakit puan re-scan, confirm air ketuban sedikit dan dikenakan masuk ubat (induce) supaya jalan buka. Paksa bersalin. 

15:57 petang (Isnin)
Selesai en.suami tanda tangan surat kebenaran untuk induce selepas mendengar taklimat induce daripada HO, cx terus ditolak masuk ke dalam kamar bersalin 16. Ubat pertama akan dimasukkan. Cx dah siap bawa baju baby dan perkakas bersalin ke labor room. Sepanjang di kamar 16, cx on sahaja surah Yassin dan Surah Maryam harap Allah permudahkan urusan. Mulut pula tak lekang daripada zikir LaIlaHaillaAnta dan BismillahilLaziLayadurruMa'asMihiSyai'unFilArdiWalaFissamai wahuwassami'ul'alim. Allah.. bercampur aduk perasaan dalam hati ini hanya Allah yang tahu.

16:37 petang (Isnin)
Okay induce pertama telah dilakukan. Sakit masih belum terasa cuma sakit ketika ubat dimasukkan sahaja yang tak tahan setakat itu. Selama dua jam cx tak dibenarkan bangun atau bergerak beriya sebab takut ubat keluar balik. Makanan hospital pon dah naik sejuk dan misi yang hantar makanan pon dah banyak kali pusing tengok cx dah makan atau belum. Cx bagitahu misi tu yang cx baru masuk ubat, so misi pon cakap 'takpa dik, awak dah dua jam nanti makan ya. Jangan risau, nanti kita ambil tray awak kemudian'  .. Fuh lega. Selepas dua jam, dah mula rasa sakit sedikit. Bangun untuk makan. Cx dah mula rasa nak terberry. Cx minta izin nak ke tandas tapi tak boleh dah. Tak diizinkan. Takut terberanak pula dalam toilet sebab dah masuk ubat. Fiuhhh~ Time ni kene tunggu enam jam seterusnya untuk nantikan bukaan jalan. Sakit makin menjadi tapi jalan tak buka. Ya Allah ~ ampunilah segala dosaku. Kontraksi makin kuat. Dalam masa 10 minit, dua kali kontraksi. Allah sakit. 

23:51 malam (Isnin)
Okay jalan masih tak buka. Doktor terus induce kali kedua. Masuk belon. Okay sakit dia tak terkata. First induce masuk ubat, second induce masuk belon. Bbrrrrr. Sakit. Bayangkan belon macam biasa tu cuma bahagian muncung dia panjang, dimasukkan ke dalam pintu rahim kita. Sakit. Menangis. Dahlah kontraksi daripada enam jam lepas dan sekarang masuk belon. Fungsi dia apabila kontraksi, belon akan bantu paksa buka laluan. Sakitnya Ya Allah. Sakit sangat. Okay sekarang doktor suruh tunggu lagi enam jam. Nak tengok laluan buka atau tidak. Doktor cakap, kalau belon dah terkeluar daripada faraj, baru boleh tolak masuk labor room untuk push bersalin. Fuhhh sakit Ya Allah.

Pengalaman bersalin anak pertama : 

Bukan mudah nak bersalin
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

5 Comments

maszull said…
assalamualaikum CX..ya Allah sakitnya bila membayangkan cerita cx ni..
Unknown said…
yumida pun kena induce jugak. contraction tu yg menyakitkn. seram bila mengenangkn kembali. takut. 6 jam jugak merasa sakit tu, last sekali doc suruh czer sbb jantung bby dah makin menurun. czer x menyakitkn, tp nk jg dia bertahun2. kengkdg terasa juga ngilu wlpun dah sembuh. tp bersyukur sgt2..alhamdulillah..allah bg rezeki anak lepas 6 tahun berikhtiar.
cik fadh said…
walaupun dah alami, tp bile bace balik pengalaman cx mmg ngiluuuu tu dtg balik..wuaaaaa nk hadap balik lg 4bulan akn dtg..hrp dipermudahkan..huuuu
Anonymous said…
huhuhuhu baca pengalaman akak untuk ilmu....
Anonymous said…
Adik ipar br je masuk belon.. ingat x sakit..sakit gak rupenye..cian dia..