Bauan Kasturi Itu Adalah Najisnya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua? :) hari ni cx sangat sibuk menguruskan perihal peninggalan arwah abah. (Al-Fatihah) . kehulu-kehilir cx bawa mak. even today kesihatan badan kurang memuaskan, cx gagahkan diri semata-mata untuk emak. Alhamdulillah 50% done. esok sambung lagi :) .btw, tadi cx blogwalking. sungguh indah cerita yang dikongsikan bersama. 

ianya berkenaan seorang pemuda yang tampan dan segak yang cuba diperdaya @ digoda oleh seoarang wanita yang telah lama menaruh hati kepadanya. wanita tersebut telah menjerat pemuda itu dengan mengugut jika pemuda terbabit tidak mengikut perintahnya (berbuat zina) .. wanita itu akan menjerit meminta tolong agar semua penduduk tahu bahawa pemuda itu berniat tidak baik terhadapnya. 


namun kawan-kawan, pemuda tersebut yang tulus hatinya telah mendapat satu idea dimana pemuda itu meminta izin untuk pergi kebilik air dan dalam masa yang sama, pemuda itu menyuruh wanita itu bersiap-siap. pemuda itu menbuang air besar dan melumurkan najisnya keseluruh badannya. alangkah terkejutnya wanita itu dan dengan rasa jijik, pemuda tersebut dihalau. 

setelah terlepas daripada keadaan itu, pemuda tersebut ingin pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan dalam masa yang sama, azan juga berkumandang. dengan bauan yang tidak enak ditubuhnya setelah membersihkan diri tadi, pemuda itu terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu. 

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya. 

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

takutlah dengan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

1 Comments

kemey said…
besar pengajaran dr cerita ni..allah maha besar